Soalan Lazim
PEMBAYARAN
- Apakah kaedah pembayaran yang tersedia?
- Kami memproses pembayaran melalui PayPal, yang menyokong pelbagai jenis kad kredit.
- Bolehkah saya mengubah atau membatalkan pesanan saya?
- Bagi memastikan pesanan anda diproses dengan lancar dan dihantar dengan segera, sila maklumkan kepada kami sebarang perubahan atau pembatalan pesanan dalam tempoh dua (2) jam pada hari bekerja.
- Bagaimanakah jika saya tidak dapat menyelesaikan pembayaran?
- Pesanan yang berstatus "Awaiting Payment" akan dibatalkan secara automatik dalam tempoh 60 minit. Sila e-mel kepada kami di enquiry@tonggarden.com.my dengan menyertakan nombor pesanan anda. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin pada waktu pejabat.
- Bolehkah saya membuat pembayaran melalui PayPal tanpa mempunyai akaun PayPal?
- Ya! Ramai yang menyangka bahawa anda perlu mempunyai akaun PayPal untuk membuat pembayaran melalui PayPal, tetapi sebenarnya anda tidak memerlukannya. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda mendaftar akaun PayPal bagi menikmati pengalaman pembayaran yang lebih mudah. Tanpa akaun PayPal, anda hanya memerlukan kad debit atau kad kredit yang disokong oleh PayPal untuk membuat pembayaran.
BELI-BELAH
- Adakah saya perlu mempunyai akaun untuk bermula?
- Tidak. Anda boleh membuat pembelian sebagai Tetamu (Guest Account).
- Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda mendaftar akaun Tong Garden untuk menikmati mata ganjaran kesetiaan, tawaran eksklusif dan diskaun. Proses pendaftaran hanya memerlukan beberapa langkah yang mudah!
- Bagaimanakah saya memilih produk untuk dibeli?
- Semasa melayari Kedai Dalam Talian Tong Garden, klik butang "Tambah ke Troli" di bawah produk yang ingin anda beli.
- Bagaimanakah saya mengubah kuantiti produk dalam troli beli-belah saya?
- Klik "Lihat Troli Beli-belah" untuk melihat senarai produk dalam troli anda. Ubah kuantiti produk dan klik "Kemas Kini Troli" untuk mengemas kini kandungan troli beli-belah anda.
- Bagaimanakah saya mengetahui apa yang ada dalam troli beli-belah saya?
- Semasa melayari Tong Garden Online, anda hanya perlu melihat bahagian kanan skrin untuk mengetahui produk yang terdapat dalam troli beli-belah anda. Gunakan anak panah untuk beralih antara produk di dalam troli anda.
- Bagaimanakah saya membuang produk daripada troli beli-belah saya?
- Tandakan kotak "Buang" dan klik "Kemas Kini Troli" untuk membuang produk tersebut daripada troli anda. Anda juga boleh menukar kuantiti produk kepada "0" (sifar) untuk mengeluarkannya daripada troli beli-belah anda.